måndag 4 april 2016

Profil pos



Pengenalan:

POS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau non-governmental organization (NGO) yang berteraskan ilmu (knowledge-based) bersikap terbuka dan sederhana (moderate). Wujud  atas realiti budaya Melayu Patani yang bermasyarakat, berbangsa dan bernegara bermustatin diluar negara. Membuahkan resolusi untuk mnyahut hak kebebasan, bersuara, berpendapat dan berorganisasi. Dengan secara resmi di tubuhkan (daftar) pada 25 Oktober 2008 berpusat di Stockholm Sweden.  Berdiri sebagai sebuah organisasi non-partisan; bebas, aktif dan cinta damai.

Visi:  
”Membina Dan Memimpin Masyarakat Melayu Patani Diluar Negara ”

Misi: 

”Untuk Merealisasikan Perpaduan Kebangsaan, Menghormati Perbezaan Pandangan Dan Kebenaran”

  1. Untuk mengeratkan perpaduan masyarakat Patani dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan
  2. Untuk menegatkan kebenaran dan menolak kemungkaran
  3. Untuk melindungi hak asasi manusia (HAM) .
  4. Untuk mencari solusi ekonomi, pendidikan dan khidmat nasihat
  5. Untuk  menukar dan menyelaras maklumat menerusi forum, saminar, persidangan dan sebagainya.
  6. Untuk bekerjasama dengan badan-badan NGO dalam dan luar negara


Kepimpinan: 

Kepimpinan KOLEKTIV,  berasaskan SYURA/DEMOKRASI. 


Budaya:

1)      Menghayati budaya ilmu,
2)      Menghayati kehidupan Islam menurut Ahli Sunnah wal Jamaah  bermazhab Syafei,
3)      Menghayati Amalan organisasi yang dan berdisiplin bertanggungjawab 
4)      Salin  membantu atas kebajiakan dan kemanusiaan,
5)      Berkhidmat kerana Allah SWT.


Lambang:
                   


Bentuk Logo Huruf Jawi

·         Dunia bulan dan bintang berwarna kuning ”PA” membawa makna di luar negara
·         Daun berwana hijau ”Wau” membawa makna menghormati perbezaan dan
·         Bunga betuk tiga helai warna merah ”Sin” membawa makna perpaduan nasional


Keanggotaan (Ahli)

1.      Ahli Semasa yang mengisi boran;

a)      Warga Patani dan keturunannya
b)      Umur 18 tahun keatas
c)      Membayar yuran

2.      Ahli Seumur hidup:

a)      Individu yang berjasa kepada POS
b)      Individu yang diminta menaung POS

3.      Ahli bersekutu;

a)      NGO yang bersatu
b)      Individu yang bukan warga Patani


Kaedah Perlaksanaan:

Berkhidmat dalam satu pasukan menurut kebolehan masing-masing berasaskan nilai-nilai urustadbir yang baik untuk memasyarakatkan hasil usaha;

1)      Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan kecil membuat fotum dan  diskusi rakyat.
2)      Menggalakkan penyelidikan dan kajian tentang dan hubungan yang berkaitan  isu semasa nasional.
3)      Melatih ahli dan menubuhkan biro-biro untuk menggalas tugas POS.  


MESYUARAT

Mesyuarat ahli jawatan kuasa (AJK) formal yang dibuat bertujuan untuk merangka pelan bertindak begi memenuhi dan menyelesaikan sebarang tuntutan untuk memajukan POS. Mesyuarat yang sah harus dihadiri AJK dua pertiga (2/3). Dan  mesyuarat agung juga harus dihadiri dua pertiga juga. Mesyuarat yang gagal mencapai kehadiran AJK 2/3 sebagaimana yang ditentukan tidak sah dan tidak boleh dianggap keputusan POS.

Mesyuarat POS bukan perbincangan biasa, sebaliknya ia merupakan perbincangan resmi yang memiliki ciri-ciri seperti di bawah:

1)      Mesyuarat dipimpin dan dikawal perjalanannya oleh pengerusi. Pengerusi  mesyuarat adalah ketua POS  

2)      Semua AJK  wajib  menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh setiausaha.   Notis  hendaklah dihantar kepada ahli yang terlibat dua minggu sebelum mesyuarat diadakan, kecuali menyuarat tergempar empat jam sebelum mesyuarat diadakannya.

3)      Semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih oleh setiausaha, kemudian akan dibaca segali lagi dalam mesyuara yang akan datang untuk pengesahan menit nerkenaan.

Mesyuarat mempunyai tatacaranya yang tersendiri. Pada umumnya, tatacara mesyuarat adalah seperti di bawah:

1)      Perancangan: Pengerusi merupakan orang yang merancang mesyuarat. Dan menentukan apa yang harus dibincangkan, tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan.

2)      Pengumuman: Setelah peracangan telah siap maka pengumuman akan diberitahu kepada AJK  yang terlibat.   Pengumuman ini akan dibuat melalui notis yang mengandungi butiran mengenai, tempat, masa dan tarikh mesyuarat, serta agenda mesyuarat (perkara yang akan dibincangkan).

3)      Persediaan: Setelah menerima notis, AJK terlibat harus bersedia untuk mesyuarat. AJK harus menyediakan semua dokument yang diperlukan. Selain itu memikirkan apa yang harus dikemukan dalam mesyuarat.


Semasa dalam mesyuarat

1)      Permulaan: Mesyuarat bermula tepat masa yang ditetapkan dan menurut koran yang ditetapkan (2/3 daripada jumlah AJK). Sekiranya, AJK yang hadir tidak cukup koran, pengerusi boleh menangguhkan mesyuarat untuk setengah jam. Sekirannya AJK masih tidak hadir, maka mesyuarat terpaksa dibatalkan.

2)      Pembukaan: Mesyuarat akan dimulakan oleh pengerusi.  

3)      Pengesahan Minit Mesyuarat: Minit mengenai mesyuarat yang ditulis oleh setiausaha harus disemak dan disahkan oleh AJK setiap kali mesyuarat.

4)      Perbincangan menurut Agenda: Agenda merupakan tajuk yang menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat. Keputusan harus menurut suara terbanyak sebaliknya didapati suara sama banyak 50/50 Pada peringkat ini,  pengurusi harus  menggunakan suaranya untuk membuat keputusan maktamad.

5)      Perkara Berbangkit: Perkara berbangkit ialah perbincangan di luar agenda yang dibangkitkan semasa mesyuarat berjalan. Ahli mesyuarat akan diberi peluang untuk membangkitkan perkara yang tidak puas hati semua perkara.  

6)      Penutup: Mesyuarat ditamatkan sekirannya kesemua perkara telah dibincangkan, ataupun apabila pengerusi berasa bahawa mesyuarat telah berhasil.  "Dengan ini,   mesyuarat ditangguhkan"

Sekian:
Disahkan pada 250808
STOCKHOLM


torsdag 31 mars 2016

Replik Bunga Emas


Replika Bunga Emas 
Negara Patani Raya ialah persekutuan Patani Besar yang ditubuhkan setelah lenyapnya nama Empayar Langkasuka dan Empayar Chermin abad 13 M. Kawasan pemerintahan Patani Raya dari segenting Kera hingga kesempadan negeri Pahang, akhirnya  pada Era Patani Besar  abad 17 M, meliputi sempadan Patani-Singgora (Tiba), Patani-Satun, Kedah, Gerik di Perak, seluruh Kelantan dan seluruh Terenganu. Kerajaan Patani Besar ini bermula sebelum atau pada 1350 Masehi sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1785. Ini bermakna Patani Raya itu telah wujud selama lebih 400 tahun, manakala jika dihitung kesinambungannya dengan Empayar Langkasuka, ianya telah wujud selama 1,600 tahun sebelum dijajah oleh Siam. 

Penulis telah menemui satu catatan Inggeris dan Belanda yang menyebut: Antara tahun 1409 dan 1457, Melaka dan Patani merupakan kuasa terbesar di Tanah Melayu telah menerima Islam sepenuhnya. Gambaran yang diberikan seolah-olah ketika itu Patani dan Melaka adalah dua kuasa yang berasingan. Kedua-dua buah kuasa besar Melayu ini adalah bersaudara dan saling bertolongan apabila menghadapi sesuatu musibah. Banyak bukti sejarah menyokong fakta tersebut. Kemudian apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, tinggalah Patani yang menjadi kuasa dagang serta pusat dagang terbesar di Nusantara. Hal inilah yang menyebabkan Siam begitu bernafsu untuk menakluk Patani. Selain itu Patani adalah pusat Islam yang menjadi tumpuan termasuk Arab, pengaruh Patani dikhuatiri akan menyebabkan Empayar Islam Uthmaniyyah yang berpusat di Turki ketika itu menghulurkan bantuan membebaskan umat Islam di Tanah Melayu.  

onsdag 30 mars 2016

Welcome to this blog!

Welcome to our blog. We created this blog for giving information about Patani and to involve people in the Patani situation and hopefully to help Patani by doing something, and making a difference.

We will post pictures here about Patani, and we will discuss injustices in Patani.

POS is an organisation and we focus on Patani culture and we try to help people who lives overseas.

We hope everyone who reads learns something through this blog and we hope everyone will enjoy this blog.